Jumaat, 20 November 2009

Majlis Penyampaian Hadiah & Sijil 2009

Salam 1Malaysia, pada Khamis/19.11.2009 jam 9.00 pagi telah bermula acara tahunan berkenaan. Majlis tersebut dirasmikan oleh Guru Besar, Tn Hj Said Bin Hj Matzin. Antara yang dipersembahkan di samping penyampaian hadiah dan sijil ialah persembahan murid-murid seperti dikir barat, joget melayu, boria, sketsa Tahun 1, fashion show pra-sekolah dan aspalela Tahun 2. Majlis begitu meriah sekali dengan penyertaan semua warga SKTS dan juga ibu bapa/penjaga murid-murid. Kita mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan semua pihak. Namun demkina kita juga menerima berita sedih tentang keputusan UPSR 2009 yang diumumkan oleh Guru Besar pada majlis ini. Post-mortem akan dibuat untuk melihat kelemahan dan kekurangan yang perlu diatasi agar SKTS kembali perkasa pada UPSR 2010 nanti. Ini memerlukan komitmen menyeluruh semua pihak agar sasaran kecemerlangan dapat direalisasikan dalam wacana pendidikan di sekolah. Bangkit dari kelemahan dan kekalahan adalah asam garam kehidupan. Moga bertemu kembali pada tahun 2010. Selamat kembali dan bercuti kepada semua warga SKTS. Salam hormat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan