Jumaat, 12 November 2010

UPSR 2010


Salam SKTS dan Salam 1Malaysia. Kelmarin, keputusan UPSR 2010 telah diumumkan. Analisis menunjukkan kenaikan sedikit daripada tahun lepas iaitu 42.86%. Namun demkian, secara keseluruhan berlaku penurunan dari segi kelulusan dan kualiti markah yang diperoleh oleh calon pada kali ini. Tentunya banyak faktor yang menyebabkan penurunan dari segi kualiti gred calon-calon. Namun demikian, kita tidaklah perlu menuding jari kepada sesiapa kerana usaha memartabatkan ilmu adalah usaha kolektif pihak pengursan sekolah dan juga PIBG.
Kita harus sedar, untuk mencapai keputusan yang berkualiti, kita perlu membuat lonjakan maha hebat baik dari segi pemikiran, pengorbanan dan tindak susul agar perubahan dapat berlaku dengan positif dan berpandu. Marilah sama-sama kita mengimbau kembali saat-saat kecerlangan lepas dan menggunakannya sebagai benchmarking kita untuk menoreh kembali kecemerlangan itu di wajah 2011. Sempena Jubli Emas 50 Tahun penubuhan SKTS, marilah kita sama-sama melangkah dengan lebih berani, mengubah pendekatan dan strategi lebih awal, agar calon kita untuk UPSR 2011 bersedia dengan ilmu penuh di dada, moga kejayaan kembali kita kecapi bersama.

Rabu, 10 November 2010

Jalan-Jalan Cari Makan



Salam SKTS, salam 1Malaysia. Pada 06 November 2010(Sabtu) lepas, Staf SKTS & Famili serta murid Tahun 6 2010 telah mengadakan Jamuan Makan Tengahari di Hartz Chicken Buffet di Miri. Jamuan bermula jam 11 pagi hingga ke pukul 1 petang. Kemudian, rombongan ke Parkson untuk bermain bowling. Suasana meriah sekali dan mengujakan kepada murid tahun 6. Kita ingin mengucapkan jutaan terima kkasih kepada Tuan Guru Besar, warga SKTS serta famili dan murid tahun 6 kerana menjayakan acara tersebut, Kita berharap ia dapat membawa kenangan manis yang berharga kepada murid tahun 6 yang akan melangkah ke alam sekolah menengah pada tahun hadapan.

Jumaat, 29 Oktober 2010

Peperiksaan Semester II


Salam SKTS, minggu hadapan bermula Peperiksaan Semester II. Kita doakan semua pelajar dapat mengulangkaji pelajaran lepas dan menjawab soalan dengan bersungguh-sungguh. Doa dan harapan dari warga sekolah agar semua berjaya mencapai keputusan yang lebih baik.

Sabtu, 23 Oktober 2010

Sukan SKTS Kali ke-46 Berjaya

Salam SKTS, syukur, Sukan SKTS kali ke-46 telah berlangsung dengan jayanya. Kita ingin mengucapkan jutan terima kasih di atas kerjasama yang padu oleh Warga SKTS dan PIBG dalam memastikan sasaran kerja dicapai. Walaupun dengan kekangan cuaca, semua acara dapat dilaksanakan pada 10.10.10 dengan lancar. Syukur kerana pada Ahad tersebut, cuaca dalam keadaan yang memuaskan.

Acara olahraga, sukaneka dan terbuka PIBG berlangsung hingga ke petang dan disambung dengan pertandingan Karaoke Terbuka SKTS/PIBG. Pada mulanya hujan turun dengan lebatnya dan mengheret peserta untuk menunggu hujan teduh. Akhirnya kita berjaya meneruskan acara pada jam 9 malam dan berakhir sekitar 12 tengah malam. Terima kasih di atas sambutan ramai yang menyaksikan pertandingan yang julung-julung kali diadakan di SKTS ini. Tahniah juga kepada pemenang; Pn. Siti Khadijah yang dinobatkan sebagai juara kali ini.

Pastinya ia menjadi kenangan indah bagi semua yang menjayakan sukan tahunan pada kali ini. Kita berharap penglibatan sebegini hebat dapat diteruskan pada masa yang akan datang terutama apabila kita menyambut jubli emas 50 tahun penubuhan SKTS pada 1 September tahun depan. Hingga bertemu lagi pada sukan akan datang.

Jumaat, 1 Oktober 2010

Pertandingan Karaoke PIBG & Warga SKTS

Salam 1Malaysia kepada semua Warga SKTS & Ahli PIBG. Sempena Sukan Sekolah Kali ke-46, JK Induk bersetuju untuk mengadakan Pertandingan Karaoke. Pertandingan tersebut di samping memeriahkan suasana Sukan Sekolah pada kali ini dapat juga dijadikan jambatan penghubung di antara PIBG dan Warga SKTS amnya. Borang penyertaan dan syarat penyertaan telahpun diedarkan kepada yang ingin mengikuti pertandingan ini.
Suka dinyatakan di sini bahawa, tarikh tutup penyertaan adalah sebelum atau pada 05 Oktober 2010 (Selasa) Jam 5.00 petang. Sebarang penghantaran selepas tarikh tersebut TIDAK AKAN DILAYAN.
Datanglah beramai-ramai untuk menyaksikan kehebatan alunan suara peserta yang bertanding. Jom...

Rabu, 29 September 2010

Sukan Tahunan Sekolah Kali Ke-46

Salam 1Malaysia. makluman kepada semua Warga SKTS dan Ibu bapa/Penjaga murid, Sukan Tahunan Sekolah akan diadakan pada 08-10 Oktober 2010, berlangsung selama 3 hari. Pelbagai aktiviti telah disediakan untuk memeriahkan acara gilang - gemilang pada kali ini. Kita berharap, sukan kali ini akan membawa kegembiraan dan kemeriahan sebenar dan mengeratkan lagi tali persaudaraan antara Warga SKTS dan penduduk setempat.
Berikut adalah ringkasan aktiviti sepanjang Sukan Tahunan Kali Ke-46 :
1.Acara Olahraga Tahap 1 & Tahap 2
2.Acara Sukaneka Tahap 1 & Tahap 2
3.Pertandingan Karaoke Terbuka
4.Acara Sukaneka PIBG Terbuka
5.Tarik Tali Terbuka SKTS vs PIBG
Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan sukan sekolah kita pada tahun ini.
"SUKAN UNTUK SEMUA"

Isnin, 30 Ogos 2010

Perutusan Guru Besar SKTS

"Assalamualaikum w.b.t...
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, walillahilhamd...
Bersyukur ke hadrat Allah, kerana dengan usia yang dipinjamkan ini dapat kita menunaikan ibadah yang dianjurkan. Setelah sebulan berpuasa, kini tiba hari yang bahagia Hari Raya Aidilfitri. Sama-samalah kita, berkunjung-kunjungan dan bermaaf-maafan di hari dan bulan yang baik ini. Kepada warga SK Tawakal Satap, sambutlah syawal ini dengan hati yang gembira dan penuh kesyukuran. Bagi warga pendidikan, walau di mana anda berada raikanlah hari lebaran dengan rasa muhibbah dan bersederhanalah dalam perbelanjaan menyambut hari raya tahun ini. Di saat-saat kita bergembira jangan pula kita lupa kepada mereka yang telah pergi buat selamanya. Kita panjatkan doa agar roh mereka dicucuri rahmat. Amin!
Akhirnya saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN.
Wassalam"

Kelas-Kelas 2010 II











Kelas-Kelas 2010







Ahad, 29 Ogos 2010

Projek Alam Sekitar Pra-sekolah 2010




Gambar Aktiviti Kelab Keceriaan & Pencinta Alam Sekitar











Aktiviti Kelab Keceriaan & Pencinta Alam Sekitar






















Penubuhan Kelab Keceriaan & Pencinta Alam Sekitar







Kelab Keceriaan & Pencinta Alam Sekitar


Minggu Sains & Matematik 2010




Enrolmen Murid dari 2005-2009 & Pecahan Etnik




Visi dan Misi SKTS




Gambar Terkini Staf 2010 SKTS


Lencana dan Motto SKTS


Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam lebaran kepada semua. Aidilfitri datang lagi dengan seribu satu macam lembaran. Moga-moga pada tahun 1431H ini akan membawa suasana meriah dan ceria. Kita ingin mengucapkan selamat hari raya , maaf zahir dan batin kepada semua warga SKTS yang beragama Islam. Moga kembali ke kampung halaman dalam keadaan selamat. Kita juga ingin merakamkan ucapan hari raya ini kepada semua murid dan ibu bapa. Maaf Zahir dan Batin dari kami di sini

Isnin, 3 Mei 2010

Minggu Bahasa 27 April 2010 hingga 03 Mei 2010


Minggu Bahasa dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu. Ia merupakan acara tahunan. Pada tahun ini antara aktiviti yang dijalankan pada minggu berkenaan ialah Permainan Bahasa, Pertandingan Tulisan Cantik Tahap 1, Kuiz Bahasa, Pertandingan Bercerita, Pertandingan Menulis Esei, Pertandingan Pidato dan Eksplorasi Bahasa. Tahniah kepada semua yang terlibat.

Selasa, 30 Mac 2010

Persediaan untuk Lawatan SEAMEO




Bersemangat walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai. Tahniah kepada semua kerana menjayakan raptai penuh sebelum lawatan sebenar SEAMEO pada hari Rabu ini. Kita juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Subis yang turut serta dan membimbing dalam urusan protokol dan montage yang akan dipersembahkan nanti.


Selasa, 5 Januari 2010

UPSR 2009 SKTS



Salam 1Malaysia kepada semua, 2009 sudah menutup tirainya dan kita sekarang berada di ambang 2010, namun demikian banyak kenangan dan rentetan peristiwa 2009 yang boleh diambil iktibar dan pengajaran, kita dikejutkan dengan keputusan UPSR 2009 yang merundum jatuh dan tersasar jauh dari sasaran dek kerana mata pelajaran Bahasa Inggeris yang hanya 2 orang sahaja yang lulus. Jika diperhatikan keputusan ini, tidaklah begitu teruk. Cuma Bahasa Inggeris menjadi penentunya. Tahun 2010 membawa 7 orang calon untuk memegang tugasan kecemerlangan baru. Dengan rekod terburuk diperoleh pada tahun lepas, ada mungkin kesedaran untuk semua mengorak langkah dengan lebih berani.