Jumaat, 20 November 2009

Majlis Penyampaian Hadiah & Sijil 2009

Salam 1Malaysia, pada Khamis/19.11.2009 jam 9.00 pagi telah bermula acara tahunan berkenaan. Majlis tersebut dirasmikan oleh Guru Besar, Tn Hj Said Bin Hj Matzin. Antara yang dipersembahkan di samping penyampaian hadiah dan sijil ialah persembahan murid-murid seperti dikir barat, joget melayu, boria, sketsa Tahun 1, fashion show pra-sekolah dan aspalela Tahun 2. Majlis begitu meriah sekali dengan penyertaan semua warga SKTS dan juga ibu bapa/penjaga murid-murid. Kita mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan semua pihak. Namun demkina kita juga menerima berita sedih tentang keputusan UPSR 2009 yang diumumkan oleh Guru Besar pada majlis ini. Post-mortem akan dibuat untuk melihat kelemahan dan kekurangan yang perlu diatasi agar SKTS kembali perkasa pada UPSR 2010 nanti. Ini memerlukan komitmen menyeluruh semua pihak agar sasaran kecemerlangan dapat direalisasikan dalam wacana pendidikan di sekolah. Bangkit dari kelemahan dan kekalahan adalah asam garam kehidupan. Moga bertemu kembali pada tahun 2010. Selamat kembali dan bercuti kepada semua warga SKTS. Salam hormat

Sabtu, 7 November 2009

Safari Membaca Peringkat Sekolah

Program Safari Membaca telah berjaya dijalankan kelmarin, 06 November 2009 dengan penyertaan seramai 45 orang murid yang terdiri daripada murid Tahun 1 hingga ke Tahun 6. Program ini diadakan di Pusat Sumber Sekolah dan pihak sekolah telah menyediakan 2 buah novel S. Othman Kelantan iaitu Juara dan Perjuadian sebagai bahan bacaan. Setiap murid membaca selama 6 minit setiap orang dengan pemantauan berterusan para guru. Pihak sekolah juga menyediakan makanan dan minuman untuk murid-murid yang terlibat. Program ini telah dijayakan hasil kerjasama semua guru, ibu bapa dan murid yang terlibat.

Isnin, 2 November 2009

Peperiksaan Akhir Tahun

Salam hormat, salam 1Malaysia. Hari ini bermula peperiksaan akhir tahun. Ia dijalankan bermula hari ini hingga Jumaat dengan ujian dijalankan mengikut jadual waktu peperiksaan yang telah diedarkan. Setalah peperiksaan dijalankan, pada minggu hadapan pula akan diadakan Penilaian Lisan dan pemeriksaan kertas ujian. Analisis peperiksaan akan disimpan dalam Sistem Analisis Peperiksaan dan kemudiannya dicatat dalam buku Rekod Prestasi Murid. Kita berharap semua murid akan bersedia dan menjawab soalan dengan bersungguh-sungguh.