Jumaat, 20 November 2009
Majlis Penyampaian Hadiah & Sijil 2009
Salam 1Malaysia, pada Khamis/19.11.2009 jam 9.00 pagi telah bermula acara tahunan berkenaan. Majlis tersebut dirasmikan oleh Guru Besar, Tn Hj Said Bin Hj Matzin. Antara yang dipersembahkan di samping penyampaian hadiah dan sijil ialah persembahan murid-murid seperti dikir barat, joget melayu, boria, sketsa Tahun 1, fashion show pra-sekolah dan aspalela Tahun 2. Majlis begitu meriah sekali dengan penyertaan semua warga SKTS dan juga ibu bapa/penjaga murid-murid. Kita mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan semua pihak. Namun demkina kita juga menerima berita sedih tentang keputusan UPSR 2009 yang diumumkan oleh Guru Besar pada majlis ini. Post-mortem akan dibuat untuk melihat kelemahan dan kekurangan yang perlu diatasi agar SKTS kembali perkasa pada UPSR 2010 nanti. Ini memerlukan komitmen menyeluruh semua pihak agar sasaran kecemerlangan dapat direalisasikan dalam wacana pendidikan di sekolah. Bangkit dari kelemahan dan kekalahan adalah asam garam kehidupan. Moga bertemu kembali pada tahun 2010. Selamat kembali dan bercuti kepada semua warga SKTS. Salam hormat
Sabtu, 7 November 2009
Safari Membaca Peringkat Sekolah
Program Safari Membaca telah berjaya dijalankan kelmarin, 06 November 2009 dengan penyertaan seramai 45 orang murid yang terdiri daripada murid Tahun 1 hingga ke Tahun 6. Program ini diadakan di Pusat Sumber Sekolah dan pihak sekolah telah menyediakan 2 buah novel S. Othman Kelantan iaitu Juara dan Perjuadian sebagai bahan bacaan. Setiap murid membaca selama 6 minit setiap orang dengan pemantauan berterusan para guru. Pihak sekolah juga menyediakan makanan dan minuman untuk murid-murid yang terlibat. Program ini telah dijayakan hasil kerjasama semua guru, ibu bapa dan murid yang terlibat.
Isnin, 2 November 2009
Peperiksaan Akhir Tahun
Salam hormat, salam 1Malaysia. Hari ini bermula peperiksaan akhir tahun. Ia dijalankan bermula hari ini hingga Jumaat dengan ujian dijalankan mengikut jadual waktu peperiksaan yang telah diedarkan. Setalah peperiksaan dijalankan, pada minggu hadapan pula akan diadakan Penilaian Lisan dan pemeriksaan kertas ujian. Analisis peperiksaan akan disimpan dalam Sistem Analisis Peperiksaan dan kemudiannya dicatat dalam buku Rekod Prestasi Murid. Kita berharap semua murid akan bersedia dan menjawab soalan dengan bersungguh-sungguh.
Jumaat, 30 Oktober 2009
Kem Membaca 1 Malaysia 2009
Merujuk kepada program Kem Membaca 1 Malaysia seperti yang dilampirkan di sini, program ini dijalankan berdasarkan kehendak Jabatan dan pekeliling yang dihantar ke sekolah. Program ini telahpun dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kita berasa sungguh gembira kerana murid. guru dan ibu bapa menyokong penuh usaha sekolah menjayakan Kem Membaca 1 Malaysia ini, pelancaran akan dibuat pada hari ini dan kita ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn. Hj. Said Bin Hj. Matzin, Guru Besar SK Tawakal Satap kerana sudi memberi ucapan dan seterusnya merasmikan Kem Membaca peringkat sekolah ini pada hari ini.
Rabu, 30 September 2009
Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 1430H
Salam lebaran kepada semua. Majlis ini akan diadakan pada Sabtu, 03 Oktober 2009M bersamaan dengan 14 Syawal 1430H di Dewan serbaguna SK Tawakal Satap bermula seawal pagi sehingga tengahari. Pihak sekolah dengan segala hormatnya menjemput semua warga SKTS, murid dan para ibu bapa/penjaga murid untuk sama-sama memeriahkan acara tersebut. Seperti pada tahun-tahun yang lepas, acara seperti ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada semua pihak. Semoga dengan adanya aktiviti seperti ini dapat mengeratkan tali persaudaraan dan silaturrahim warga SKTS dan penduduk setempat dalam merealisasikan visi dan misi sekolah amnya. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.
Isnin, 28 September 2009
Guru dan Staf Khas 2009
Rabu, 23 September 2009
Weekly Activities for Post UPSR Students 2009
Khamis, 17 September 2009
Cuti Khas
Cuti Khas Untuk Semua Sekolah dan Institusi Pendidikan Di Bawah KPM Pada Hari Jumaat, 18 September 2009 Sempena Hari Raya Aidilfitri 1430H
1. Kabinet yang bermesyuarat pada hari ini, 16 September 2009, telah bersetuju untuk memberi Cuti Khas kepada semua Sekolah dan Institusi Pendidikan di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia pada hari Jumaat, 18 September 2009, sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang dijangka akan disambut pada hari Ahad 20 September atau hari Isnin 21 September 2009.
2. Keputusan ini diambil bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya.
3. Dengan keputusan Kabinet ini maka semua arahan Kementerian Pelajaran berkaitan Cuti Tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri 1430H sebelum ini adalah terbatal.
YAB Menteri Pelajaran MalaysiaPutrajaya, 16 September 2009

Rabu, 16 September 2009
PROTIM Tahun 6 2009
Pra-Ujian PROTIM berlangsung pada 14-15 September 2009, dua murid Tahun 6 diuji untuk pra-ujian ini dan alhamdulillah kedua-duanya lulus melebihi 80% bagi kemahiran membaca, menulis dan mengira. Jadi program PROTIM tidak dilaksanakan untuk persediaan Pasca-Ujian nanti. Usaha pihak sekolah sekarang ialah untuk memastikan persediaan calon UPSR 2010 berjalan seawal mungkin agar sasaran kecemerlangan berterusan dan konsisten. Calon UPSR 2010 dalam daftar adalah seramai 7 orang. Moga-moga dengan usaha awal gerakan memperkasa prestasi akademik dan analisis pra-ujian, mereka ini juga dapat menyumbang dalam kecemerlangan sekolah...
Selasa, 15 September 2009
Salam lebaran
Hari yang dinanti semakin menjenguk semua warga SK Tawakal Satap, perjalanan kembali ke kampung masing-masing pastinya menggembirakan mereka yang berada di perantauan dan jauh dari sanak saudara, ibu dan bapa dan rakan taulan. Dikesempatan ini kita ingin memohon kemaafan jika ada salah dan silap sepanjang bersama dan bergurau senda. Kepada Cikgu Manikam, Cikgu Huzaifah, Ustazah Asma' dan Cikgu Busyra yang akan kembali ke Semenanjung Malaysia, semoga selamat dalam perjalanan dan jangan lupa membawa ole-ole sekembali semula ke sini. Kepada Cikgu Siti Zubaidah dan Cikgu Sabarina sekeluarga, semoga selamat dalam perjalanan ke Kuching, pandu cermat jiwa selamat. Kita juga mendoakan kegembiraan di hari raya kepada Tuan Hj Said serta keluarga, selamat berhari raya di Limbang. Tidak dilupakan kepada warga pendidik yang lain yang beraya di sini, sudi-sudikan datang ke rumah semasa raya nanti. Akhir kata, kami, warga SK tawakal Satap ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga pendidik beragama Islam di Daerah Subis...
Jumaat, 11 September 2009
Berakhirnya UPSR 2009
Tahniah kepada semua calon UPSR 2009 tahun ini kerana berjaya menduduki semua kertas ujian dengan kertas akhir tamat pada petang kelmarin. Harapan untuk melihat kejayaan dikecapi sekarang bermula dengan penantian. Sama-samalah kita berdoa meminta kejayaan berterusan...
Isnin, 7 September 2009
UPSR 2009 Bermula
UPSR 2009 bermula pada 08.09.09 hingga 10.09.09 dengan Ujian 013 Aptitud dimasukkan pada akhir peperiksaan tersebut. Bagaimanapun ujian aptitud tidak dimasukkan dalam keputusan UPSR. Dalam segala kesibukan, kita berharap anak-anak didik kita akan bertenang dan menjawab dengan baik semua soalan yang diajukan. Moga-moga berkat kesabaran dan pengorbanan selama ini di balas Tuhan dengan sejuta kemenangan, selamat berjuang...
Ahad, 6 September 2009
Memperkasa Tawakal
Kewujudan blog sekolah ini bertujuan untuk maju selangkah lagi dalam era globalisasi ICT. Dunia kini semakin kecil dengan komunikasi dan capaian berada di hujung jari. Seiring dengan harapan mencapai objektif melebarkan sayap ke laman maya, maka wujudlah blog ini untuk faedah bersama. Saya yakin, dengan usaha berterusan dan dedikasi semua warga sekolah, SK Tawakal pastinya menjadi salah sebuah sekolah yang akan seiring dengan teknologi terkini dan mampu bersaing mencapai kegemilangan baik dari aspek akademik, prasarana sebenar mahupun virtual. Salam hormat untuk semua...
Ramlee Bin Kamis
Guru Data
SK Tawakal Satap
Ramlee Bin Kamis
Guru Data
SK Tawakal Satap
Visi dan Misi
Visi
"Menjadikan Sekolah Kebangsaan Tawakal Satap sebuah institusi ilmu yang kondusif dan gemilang menjelang 2015"
Misi
"Bergerak sebagai satu pasukan yang profesional dan amanah dalam memberikan pendidikan dan bimbingan asas yang berkualiti ke arah melahirkan pelajar yang berketrampilan dan cemerlang dalam akademik, ko-kurikulum dan sahsiah sebelum melangkah ke pendidikan menengah"

Sejarah Penubuhan SKTS
SEJARAH SEKOLAH SK TAWAKAL SATAP, SUBIS
SK. Tawakal Satap, Subis telah ditubuhkan pada tahun 1959. Tapak asal sekolah ini terletak di tebingan Sungai Kampung Satap. Pada awal penubuhan sekolah ini, ia hanya diperbuat daripada nipah. Pada waktu itu, sekolah ini hanya mempunyai seorang guru dan dua puluh dua orang murid sahaja. Walau bagaimanapun, sekolah ini pada masa itu belum lagi diiktiraf pendaftarannya oleh Majlis Perbandaran.
Penduduk kampung yang berada di sekitar sekolah ini masih menunggu keputusan pihak berkuasa untuk mendaftarkan nama sekolah ini. Penantian penduduk kampung berakhir apabila pendaftaran sekolah ini diluluskan. Nama sekolah ini setelah didaftarkan ialah Tawakal Malay Satap School. Nama ‘Tawakal’ pada nama sekolah ini diambil sempena kesabaran dan sikap bertawakal penduduk kampung semasa menunggu nama sekolah Tawakal Satap didaftarkan pada waktu itu.
Tawakal Malay Satap School telah dipindahkan ke tapak baru atas alasan tapak lama tidak strategik kerana berhampiran dengan sungai. Kerajaan Negeri telah memindahkan sekolah ini ke tapak baru yang terletak di tepi jalan Bekenu, Miri. Dengan tertubuhnya sekolah ini di tapak baru, maka namanya telah ditukarkan kepada Sekolah Rendah Kerajaan Tawakal Satap. Walau bagaimanapun, pada tahun 1999 semua sekolah SRK telah ditukar kepada SK (Sekolah Kebangsaan). Oleh sebab itu, nama sekolah ini sehingga sekarang ialah SK. Tawakal Satap, Subis, Bekenu. Antara Guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini ialah Othman b. Hj Sebli (1959-1960), Rapaee b. Saat (1960-1964), Morshidi b. Nani (1965-1969), Othman b. Matsah (1970-1972), Abidin b. Deris (1973-1975), Salleh b. Hj Salman (1976-1978), Solhi b. Pangis (1979-1986),Abd Hadi b. Abd Rahman (1987), Osmat b. Hj Amit (1988-1996), Nawi b. Suhaidi (1997), Salhi b. Ali (1998) , Sahat b. Yakup (1999-2003),Yusof b.Hj.Abas(2004),Hj.Said bin Hj.Matzin(2005 hingga sekarang)

Profil Sekolah
Langgan:
Catatan (Atom)